Tuesday, June 9, 2009

Mengapa Semuanya Cina?


Kata nabi kita,

Belajarlah sampai ke negeri Cina.

Kata pujangga pula,

Beri kail jangan beri ikan,

Itulah pepatah Cina.

Anak kecil menyanyi,

Buai laju-laju, sampai pokok Sena,

Beli baju baru, dari kedai Cina.

Balik dari tanah suci,

Hadiahkan sahabat ketayap dan serban,

Bukan buatan Arab, tapi buatan Cina.

Nak beli handphone baru,

Kata teman-teman, kalau nak yang murah tapi canggih,

Belilah handphone Cina.

Jumpa kawan-kawan lama,

Ajak makan angin, jom melawat Cina.

Umno bertongkat,

Gerakan dan MCA, kedua-duanya parti Cina.

Pas berkawan dengan DAP,

Parti itu majoriti, Cina.

Pengerusi Kelab Penyokong Pas,

Hu Pang Chau, Cina.

Orang kagum dengan Nizar,

Sebab pandai cakap Cina.

Di Kelantan, ada masjid baru,

Reka bentuknya ala masjid di Cina.

Ada pihak cadangkan Chin Peng balik ke Malaysia,

Yang mencadang Cina,

Chin Peng pun Cina.

Orang Melayu kata,

Kalau nak kaya,

Kena kerja rajin macam Cina.

Ada sahabat bergurau,

Kalau nak tambah lagi, carilah gadis Cina.

Selepas Indonesia,

Najib juga melawat Cina.

Demikianlah penangan Cina.

No comments: