Thursday, September 24, 2009

Pelik Tapi Benar

STOCKHOLM: Sekumpulan lelaki bertopeng menggunakan sebuah helikopter curi dan bahan letupan untuk merompak sebuah gudang menyimpan wang tunai di sini, semalam.

Mereka memasuki gudang berkenaan dari bumbung bangunan dan terbang semula bersama beberapa beg wang tunai.

Rompakan berani itu mengejutkan polis di ibu negara Sweden itu yang gagal menggunakan helikopter sendiri untuk ke tempat kejadian kerana bahan letupan dipercayai dipasang di tempat letak helikopter berkenaan(harian metro)

\\ni betol2 beraya,curi helikopter pastu wt g rompak,
pakai keta curi tu biasa lah dengo,ni pakai heli...
tera tol dia org..emm entah brapa dpt hasil rompakan tu..kaya kaya..

Misteri jantina



SAMA ada dia wanita atau lelaki, inilah yang masih menjadi persoalan. Kesahihan jantina seorang pelari Afrika Selatan dalam acara 800 meter dipersoalkan selepas dia mengejutkan apabila memenangi acaranya pada Kejohanan Olahraga Dunia di Berlin minggu lalu.

Berikut aku paparkan beberapa kes kekeliruan jantina dalam acara sukan sejak berdekad lalu.


1. Pelari jarak sederhana sensasi Caster Semenya, 18, berada di tengah-tengah kemelut persoalan mengenai jantina dan kebimbangan sama ada dia sebenarnya seorang lelaki atau wanita. Kelmarin, dia didapati memiliki tiga kali ganda lebih banyak tahap testosterone bagi seorang wanita.

Beberapa minggu sebelum perlumbaan, Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) menjalankan ujian untuk mengenalpasti jantina pelari itu, tetapi keputusan mengenainya belum diketahui.

2. Caster mungkin kehilangan pingat dimenanginya jika IAAF mengesahkan dia sebenarnya seorang lelaki dan ia bukannya kali pertama seorang atlit dilucutkan pingat.

Tiga tahun lalu pelari India, Santhi Soundarajan terpaksa memulangkan kembali pingat perak dimenanginya dalam acara 800m selepas gagal ujian jantina pada temasya Sukan Asia Doha. Sedihnya, berasa diaibkan secara khalayak, Soundarajan kemudiannya cuba membunuh diri.


3. Pada 2005, seorang hakim di Zimbabwe menjatuhi hukuman empat tahun penjara terhadap seorang atlit remaja terkenal tempatan kerana bertanding dalam acara wanita, selepas Samukeliso Sithole terlucut seluarnya dan didapati sebenarnya seorang lelaki.

Pelari berusia 18 tahun itu, yang sebelumnya mendakwa seorang khunsa, meraih tujuh pingat emas dalam pertandingan wanita pada 2004. Selepas enam saksi termasuk dua doktor mengesahkan Sithole adalah seorang lelaki, dia mengaku dan kemudiannya dipenjarakan.


4. Stanislawa Walasiewicz (kemudian dikenali sebagai Stella Walsh) memenangi pingat emas Olimpik buat Poland dalam acara 100 meter pada temasya Sukan Olimpik Los Angeles 1932. Empat tahun kemudian dia memenangi pingat perak dalam acara yang sama.

Di negaranya sendiri, Stanislawa amat popular dan dinamakan atlit sukan terbaik Poland pada 1930 dan dari 1932-34 ketika kariernya, dia mencatat lebih 100 rekod kebangsaan dan dunia, termasuk 51 rekod Poland, 18 rekod dunia dan lapan rekod Eropah.

Dia pasti akan tersemat dalam sejarah sebagai antara atlit sukan wanita terhebat jika dia tidak terbabit dalam satu rompakan bersenjata pada 1980. Stanislawa berada di tempat kejadian dalam rompakan di Cleveland, Ohio dan dia ditembak mati. Satu autopsi mendedahkan dia memiliki alat kelamin lelaki.


5. Pada 2004, pemain golf Australia dan seorang bekas lelaki, Mianna Bagger layak beraksi pada Jelajah Wanita Eropah (LET), muncul atlit transeksual pertama dalam sejarah. LET sebelumnya menjelaskan semua peserta mesti "wanita ketika lahir", tetapi peraturan itu berubah buat Bagger berikutan arahan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.


6. Pemain Amerika, Richard Raskind seorang pemain tenis yang bagus - pada 1972 dia layak ke perlawanan akhir kejohanan kebangsaan bagi usia 35 tahun ke atas. Kemudiannya, dikenali sebagai Renee Richards, dia berjaya melonjak ke tangga ke-20 dalam ranking wanita dunia.


7. Pelompat bergalah Jerman, Yvonne Buschbaum, 29, dimahkotakan sebagai juara remaja dunia pada 1999 dan berakhir di tangga keenam pada temasya Sukan Olimpik Sydney tahun berikutnya. Dia juga memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Eropah 2002, menjadikannya pelompat bergalah wanita kedua terbaik Jerman dalam sejarah dan perkara agak pelik berlaku selepas itu.

Pada 2007, Buschbaum bersara daripada sukan itu dan mula menukar jantinanya serta meminta dipanggil 'Balian', sempena watak dimainkan oleh Orlando Bloom dalam filem 2005 bertajuk 'Kingdom of Heaven'.


8. Pelumba basikal Kanada, Kristen Worley, sebelumnya seorang lelaki, hampir bertanding pada temasya Sukan Olimpik Beijing tahun lalu. Dia mungkin berusia 40 tahun, tetapi peralihan jantinanya bermula pada 1996.

Bertahun-tahun dengan suntikan hormon menyusul dan ketika dia mendakwa dia mampu melepasi masa kelayakan bagi acara 3,000m kejar mengejar, Jawatankuasa Olimpik Kanada menafikan impiannya, menyatakan catatan yang diperolehnya tidak mengikut lunas-lunas yang betul.

Jika dia beraksi di Beijing, dia akan muncul atlit pertama yang beralih jantina bertanding pada temasya Sukan Olimpik.


9. Ewa Klobukowska adalah atlit Olimpik pertama yang gagal ujian jantina. Pada 1967, dia didapati memiliki terlalu banyak kromosom. Tiga tahun terdahulu, dia menyinar pada temasya Olimpik Tokyo memenangi pingat emas acara 4x100m wanita dan gangsa 100m wanita.

Di Prague setahun kemudian, Ewa mencatat 11.1 saat dalam acara 100m, ketika itu satu rekod baru dunia. Selanjutnya, pada 1966, pada Kejohanan Eropah di Budapest dia memenangi dua pingat emas dalam acara 100m dan 4x100m serta perak dalam acara 200m.


10. Pemecah rekod dunia acara lompat tinggi, Hermann Ratjen dipaksa oleh Nazi di Jerman untuk berlagak menjadi seorang wanita pada temasya Olimpik Berlin 1936. Nazi mahu memastikan Jerman memenangi banyak pingat emas daripada temasya terdahulu dan lebih banyak daripada Amerika Syarikat, dan Ratjen, atau lebih dikenali sebagai Dora, terlepas pingat tahun itu apabila hanya menduduki tangga keempat.

Namun dia memenangi Kejohanan Eropah di Vienna pada 1938, mencatat rekod dunia bagi lompat tinggi wanita

\\aku lelaki sejati

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA


SALAM
AIDIFITRI
-
MENYUSUN JARI SEPULUH MEMOHON AMPUN MAAF ANDAI TERSILAP PERKATAAN DAN HALALKAN MAKAN MINUM SEKIRANYA TERASA DAN TERAMBIL. HATI-HATI DI JALANRAYA.
-
TERIMALAH 'KUIH' INI SEADANYA
(mix baulu & almond london) ;D
-
T/KASIH

1 MALAYSIA

F1: Honda keluar, BMW keluar...Proton masuk??
Max Mosley, President International Automobile Federation (FIA), pembiayaan bagi setiap pasukan F1 untuk setahun adalah dalam lingkungan Pound Sterling 300 juta (lebih kurang RM1.7 billion kalau ikut nilai matawang terkini).

Berikutan kegawatan ekonomi di seluruh dunia. Beberapa pengeluar kereta yang menyertai F1 telah mengisytiharkan keluar daripada pertandingan Sirkit F1.



HONDA
Honda, salah satu dari pembuat kereta gergasi di dunia sudah pun menarik diri dari lumba kereta Formula One (F1) kerana kos penyertaan yang semakin tinggi dan keadaan ekonomi dunia yang diambang kegawatan.



BMW
BMW mengumumkan menarik diri daripada Sirkit F1 pada penghujung 2009. BMW juga tidak lagi terlibat untuk membekal enjin F1.

"Sudah tentu ini merupakan keputusan yang sukar. Tapi ini langkah penyelesaian demi stategi penstrukturan semula syarikat", kata CEO BMW Norbert Reithofer.



PROTON
Ditanya berhubung jumlah bajet tersebut dan pelaburan kerajaan, Najib berkata: "Pelaburan kerajaan Malaysia adalah melalui Proton."

Beliau menyifatkan projek tersebut tidak membazir kerana ia akan memberi elemen pemasaran yang besar kepada negara apabila menyertai kejohanan F1 itu.

ALASAN NAJIB....
"Kalau kita nak eksport Proton, kita kena tentukan jenamanya mantap, ada elemen pemasaran yang mantap.

"Ia bukan kegiatan sukan semata- mata kerana ada unsur pemasaran untuk Proton dan Malaysia serta jenama AirAsia dan Naza juga dapat dipopularkan," katanya.

Perlukah Malaysia mengeluarkan badget sebegini besar dalam kegawatan ekonomi sekarang..

Wednesday, September 16, 2009

16 SEPTEMBER




Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1973 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat referendum di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah dan Sarawak. Ia bukan merupakan cuti am di Semenanjung Malaysia.

\\SELAMAT HARI MALAYSIA KE 46

Saturday, September 12, 2009

Yang Tampak dan Yang Tersirat




Hari ni,sambil marking paper dan tengok cerita lawak,ada satu scene dalam cerita tu yang menunjukkan mengenai scene tengok pelangi beramai-ramai.Bila aku tengok pelangi tu membuatkan aku teringat,waktu kecik-kecik,aku takut betol nak tunjuk pelangi pakai jari telunjuk sebab kata orang,nanti jari kudung.

Dalam masyarakat kita,banyak benda camtu.Pantang larang yang bila aku kecik-kecik aku percaya betul-betul,maksudnya aku tak nampak apa sebab sebenarnya pantang larang tu diturunkan oleh orang-orang tua tapi bila dah besar ni baru la nampak apa kegunaannya.Contohnya:

1) Jangan lalu bawah ampaian,nanti kena culik dengan hantu - sebab sebenar adalah untuk supaya kita jangan lalu bawah ampaian dan langgar semua baju lalu jatuh

2) Anak gadis jangan menyanyi kat dapur,nanti dapat suami tua - kakak dan adik aku selalu kena marah dengan mak aku dulu pasal ni.Bila fikir balik,rupa-rupanya pesan sebenar dia,jangan terleka masa masak,nanti hangit.

Banyak pesanan orang-orang tua melayu yang sebenarnya bagus dalam kehidupan seharian kita tapi cara penyampaiannya agak terlalu tersirat dan nampak lebih kepada cuba menakut-nakutkan orang.Hahaha.

Ada banyak lagi pantang-larang yang aku terlupa tapi aku yakin satu masa dulu aku takut benar.Banyak kebaikannya pantang larang ni tapi bila sekarang ni fikir,membuatkan orang Melayu ni jadi satu bangsa yang agak penakut dengan benda-benda yang sangat trivial.Mungkin dengan kemajuan akal fikiran,budak-budak sekarang ni kalau nak di beri tunjuk ajar,perlu dilakukan secara terus terang.Tidak perlu lagi secara berselindung dan tersirat seperti zaman dulu.

Tapi sayang jugak kalau budaya pantang larang ni terlupus akibat daripada kemodenan fikiran orang Melayu.Bila difikir-fikir balik,ini adalah salah satu benda yang boleh membuatkan seseorang terimbas kembali zaman kecil atau muda mereka dan benda ni dah jadi sebahagian daripada budaya kita walaupun nampak agak kolot sekarang ini,tetapi agak sayang kalau budaya ini tidak diteruskan ke generasi akan datang.

\\Ada lagi ke pantang larang yang rasa pelik?emm apa reasoning sebenar tak boleh tunjuk pelangi pakai jari telunjuk?

dairy seorang romeo

"Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang. Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab. Tang mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu kite:

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan... Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite repeat paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite.

2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal, kita bagi yang besar kat ayang.

3. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je.

4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun. Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam je. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.

5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks, kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee maggi.

6. Sebelum kenal ngan ayang., kite tak pernah ade girlfriend. Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemuanya. Kite tak pernah marah ayang plagirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha.

7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya pun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi nak kene reject.

8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite, kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak pukul?

9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain, kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.

10. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30. Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300.

11. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.

12. Aritu ayang peluk kite kate nak sangat romen ngan kite, kite kata tak boleh, dosa. Ayang kate kite tak sayang ayang. Pastu semalam ayang pakse kite romen ngan kite. Kalau tak ayang nak break ngan kite. Ok pukul 2 pagi kite sanggup bawak motor sampai Jalan Pahang nak beli kondom. Ayang kate saje je nak test kite, pastu marah kite keji. Kite diam je duk tepi akuarium... tengok ikan emas tengah romen.

13. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru. Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je.

14. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite.

15. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat, member ayang ketawakan ayang.

16. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang, kite gak yang tido kat sofa.

17. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.....

18. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang tak kate pa pe pun. Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.

19. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau. 30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut.

20. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang tak pernah ingat.


\\isk..sedey bace dairy camnie..lawak pun ade gak..moral of da story..
jgn ler kapel ngan org yg x reti hargai kite..hehu..

Aku kan abang....

Suatu hari mamat dan isterinya pulang dari kerja seperti biasa....
Tapi ada sesuatu yang luar biasa berlaku pada hari itu.
Cuaca panas menjadi lebih panas buat mamat kerana tersekat didalam
trafic jam

mamat " Ish!, geram betul aku. Jalan tidak pernah sesesak ini, kenape
pula sesak hari ni"
Isteri " Sabarlah abang, mungkin kerja-kerja pembaikan jalan sedang
dijalankan, tak pun ada kemalangan ke".
Dengan perasaan marah mamat berkata " Sabar!, Sabar!,Sabar! , itu
ajelah yang awak tau".
Kenderaan dihadapan masih tidak bergerak. Malah orang ramai makin ramai
berkumpul.
mamat " Ini tak boleh jadi nie. Aku mesti buat sesuatu"
mamat keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke arah orang ramai dan
bertanya apa yang berlaku.
Ada accident la encik. kata sorg mat rempit.
Lalu mamat pun menjerit " Tepi, tepi. Aku abang dia!. Tepiiiii,Akuuuu
abanggggggg diaaaaaaaaaaaaa!
Orang ramai yang berkumpul mula bergerak memberi laluan sambil
berpandang sesama sendiri dengan penuh persoalan.
Dalam hati mamat berbangga dan berkata "menjadi juga idea aku ni"
Tetapi apabila menghampiri kawasan berkenaan alangkah terkejutnya mamat
matanya bulat bagai nak terkeluar apabila dia melihat keadaan adiknya
yang kemalangan itu...
.............. .
............... ....
.............. ........ ...
mamat meratap sambil menutup muka dengan tapak tangannya
Dalam hati dia berkata Oh! malu semalu malunya aku kerana adikku seekor
monyet!!!!!!

Khasiat Mandi.

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

//mandi dulu sebelom subuh...hehe

Thursday, September 10, 2009

Siapa Melayu ?

Apa warna Melayu?
Gelap,cerah,sawo matang,maroon,putih?

Apa budaya asli Melayu?
Kuda kepang,ghazal?

Siapa lagi Melayu?
Kita atau Indonesia?

Apa pakaian tradisional orang Melayu?
Samping,baju melayu,songkok,kopiah,baju kurung,kebaya?

Kenapa orang Melayu rasa kagum jumpa orang Melayu yang tere berbahasa English?
Kenapa orang Melayu lagi hormat dekat orang putih berbanding orang Melayu sendiri?

Kenapa pemimpin Melayu satu masa dulu yang bertuankan British disanjung sekarang?
Kenapa pemimpin Melayu yang menentang British satu masa dulu dikeji?

Siapa berani kata,dia Melayu tulen?
Siapa berani kata dia 100% darah Melayu?
Siapa berani kata keturunan dia takde campuran Cina atau India?

Kalau mata anda sepet dan kulit anda cerah,anda pasti punya darah Cina.Kalau kulit anda gelap dan nenek anda India Muslim,anda ada darah India.Tapi anda masih lagi Melayu kan?

Habis,mau dihalau bukan Melayu ini balik ke China balik ke India?
Sebab mereka bukan Melayu?
Kalau satu masa dulu Datuk Nenek Moyang anda bukan Melayu,kenapa anda Melayu?

Mahu lawan asal anda?
Lawanlah.Anda bukan Melayu sangat pun pada asalnya.

\\aku dari jawa jadi melayu...

BAKAT ..KJ



\\PELAKON=AHLI POLITIK??
AHLI POLITIK=PELAKON??
ADA PERBEZAAN TAK??
HAA..HA..HAA..

Kisah 2 Ekor Lembu & Kerajaan

Sosialis - aku ada 2 ekor lembu, kerajaan ambik seekor dan memberikannya kepada jiran ku.

Fabianis - aku ada 2 ekor lembu, kerajaan jaga kedua-dua ekor lembu tersebut dan memberikan susu lembu kepada jiran ku.

Komunis - aku ada 2 ekor lembu, kerajaan ambik kedua-duanya dan beri aku sedikit susu.

Fasict - aku ada 2 ekor lembu, kerajaan ambik kedua-duanya dan menjual susu lembu tersebut.

Birokrasi - aku ada 2 ekor lembu, kerajaan ambik kedua-duanya, tembak seekor, jaga seekor lagi dan buang susunya.

Kapitalis - aku ada 2 ekor lembu, jual seekor dan beli kerbau.

Islam - aku ada 2 ekor lembu, jaga lembu itu, aku beri susu lembu itu kepada jiran dan yang memerlukan, jual selebihnya dan beli kerbau

\\dari blog lama, aku jumpa dalam buku politik apa nama entah. boleh laa buat pikir-pikir sebelum buka puasa karang.

Wednesday, September 9, 2009

RM16 juta buru emas Olimpik....

Diharap dengan program khas kita mampu cipta sejarah: Muhyiddin

ANGKA besar - RM16 juta diperuntukkan kepada 19 atlit dari empat bidang sukan namun di bahu mereka dibebankan harapan tinggi supaya membawa pulang pingat emas pertama buat Malaysia di Olimpik London 2012.

Dengan senarai atlit yang disasarkan mampu meraih pingat semakin panjang dengan kehadiran Leong Mun Yee dan Pandalela Rinong dari sukan terjun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata diharapkan mereka mampu mencipta sejarah 2012 kelak....(BERITA HARIAN ONLINE)

\\secara puratanya Kerajaan akan membelanjakan RM 5.3 juta setahun bagi 19 atlet
kah KAH kah...kita dpt ape?? kah KAH kah..
Tapi berbaloikah RM 16 juta demi seketul pingat emas olimpik yang berharga kurang
dari rm1ribu...
rm16 juta di bahagi kan pada 27juta rakyat malaysia.
1 MALAYSIA GUMBIRA..KAH kah KAH...

KENAPA SUKA BUAT MAKSIAT DALAM TOILET???

CIKGU AMAR SEDANG MENGAJAR BAHASA MELAYU DALAM KELAS TINGKATAN 5 RAYA,BELIAU MEMINTA PELAJARNYA MEMBERI PENDAPAT MASING2 TENTANG TAJUK " MENGAPA REMAJA MELAKUKAN MAKSIAT DALAM TANDAS AWAM"

HANIM : PADA PENDAPAT SAYA REMAJA YG SANGGUP MELAKUKAN MAKSIAT DALAM TANDAS AWAM TERDIRI DARIPADA GOLONGAN YG TIDAK BERKEMAMPUAN MENYEWA HOTEL.

AZWAN: SAYA TIDAK BERSETUJU,KERANA ADA DIKALANGAN MEREKA YG BERKEMAMPUAN PUN MASIH MEMBUAT MAKSIAT DI TEMPAT SEBEGITU.

ALIN: MENGIKUT FIRASAT TOK GURU SAYA...MEREKA NI KELAM KABUT HINGGA TIDAK SEMPAT MENCARI HOTEL @ TEMPAT YG LEBIH SESUAI & YG PLG PENTING MEREKA NI CETEK TENTANG PENGETAHUAN AGAMA.

BOB: SAYA TIDAK SETUJU CIKGU,BAHAWA REMAJA ITU CETEK TENTANG PENGETAHUAN AGAMA..

ALIN : KENAPA PULAK?BUKANKAH MEREKA YG SANGGUP MELAKUKAN PERBUATAN SEKEJI ITU CETEK TENTANG AGAMA @ TIDAK TAHU MENGHAYATINYA.

CIKGU AMAR ;: (BERTANYA KEPADA BOB) KENAPA KAMU TIDAK SETUJU DENGAAN PENDAPAT ALIN TD?

BOB: SEBENARNYA MEREKA SANGAT ARIF TENTANG AGAMA.SEBAB MEREKA TAHU MALAIKAT TIDAK MASUK TANDAS & JIKA MEREKA MELAKUKAN MAKSIAT DALAM TANDAS MALAIKAT TIDAK DAPAT MENULIS AMALAN BURUK YG MEREKA LAKUKAN.

CIKGU AMAR: (DALAM HATI) ROSAK MURID AKU SORANG NIE!!!

//bayo 20sen..dpt sedap.hahaha

Azimat Buat Lelaki



Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ….

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

\\aku masih blom bristeri..hahaha

Tembikai Bentuk Hati Dari Jepun



Jepun sentiasa melakukan perkara pelik dengan teknologi maju mereka. Dulu pernah ada keluar surat khabar tembikai bentuk petak tapi kali ini lagi menarik dimana tembikai ini dibentuk seperti “LOVE”

Tembikai pelik Bentuk hati

Tembikai ini bukanlah dipasarkan seperti biasa dipasar tetapi khas untuk dijadikan satu hadiah kepada pasangan.

Harga buah tembikai ini juga tidak lagi dijual timbang kilo sebagaimana si Malaysia.

Harga tembikai bentuk hati ini dijual dengan harga 15,750 yen lebih kurang $160 bersamaan dengan RM 558.16.

Kalau dengan harga RM500 ini dijual di Malaysia kompem tak laku.

teringat cite"hati bukan kristal"

Sunday, September 6, 2009

DR MAZA





Isu timbul kerana kejahilan beragama

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

KOLUMNIS laman web Centre for Policy Initiatives (CPI), Helen Ang mengkritik dengan hebat beberapa siri artikel yang saya tulis dalam Mingguan Malaysia.

Artikel beliau bertajuk Ridhuan Tee‘s reverse take on racism, telah diposkan kepada beberapa laman web pembangkang dan membuka peluang kepada para pembaca laman web tersebut menyerang, mengecam dan menghentam peribadi saya sekali lagi, tanpa fakta ilmiah untuk berhujah sebagaimana artikel yang ditulis beliau.

Saya sepatutnya tidak mahu melayan mereka yang menulis tanpa membuat kajian dan penyelidikan terperinci seperti mana yang saya lakukan. Ternyata beliau tidak faham apa yang saya tulis. Mungkin disebabkan oleh tahap penguasaan bahasa Melayunya yang agak rendah setelah sekian lama tinggal di negara ini. Sebahagian kecil petikan artikel saya dimanipulasikan seperti yang dilakukan oleh akhbar Cina.

Petikan yang saya ambil daripada kata-kata Almarhum Tunku Abdul Rahman mengenai perlunya bandar raya Shah Alam bebas daripada arak dan kelab malam telah disalah tafsirkan. Helen Ang mengatakan bahawa ia adalah tulisan saya. Saya sungguh kasihan cara beliau berusaha untuk memahami artikel saya dalam bahasa Melayu mudah. Mujurlah saya tidak gunakan bahasa yang bombastik, jika tidak saya tidak tahu apa yang Helen Ang akan tulis.

Beliau juga menuduh saya ‘masuk Melayu’ dan bukan ‘masuk Islam’ agar diterima oleh orang Melayu, dan seterusnya menjadikan saya lebih berjaya. Bagaimanakah saya boleh ‘masuk Melayu’ sedangkan saya seorang Cina. Saya memeluk agama Islam, bukan ‘masuk Melayu’. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya memeluk Islam kerana kemuliaan dan kesucian Islam. Saya tidak pernah mengharap sebarang bantuan setelah memeluk Islam, kerana agama Islam mengajar saya prinsip berdikari. Bangsa seseorang tidak boleh ditukar walaupun ia telah memeluk Islam kerana bangsa itu adalah kejadian Allah SWT. Manakala agama, kita boleh pilih untuk dijadikan pegangan hidup seperti yang saya lakukan.

Dalam membahaskan fakta yang saya kemukakan, Helen Ang membandingkan antara Cina Thailand dengan Cina Malaysia. Helen Ang memujikan rakyat Thai kerana dapat menerima Perdana Menteri Thailand kini, Abhisit Vejjajiva berketurunan Cina. Begitu dengan Perdana Menteri sebelum itu seperti Chuan Leekpai dan Thaksin Shinawatra. Helen mempertikaikan kenapa orang Cina tidak boleh menjadi Menteri Besar Perak (DAP). Jawapannya mudah, kerana orang Cina di Thailand sudah tidak serupa Cina. Mereka boleh dikatakan lebih Siam daripada Siam. Persoalannya, adakah itu berlaku di Malaysia?

Ternyata dalam banyak perkara yang diulas, beliau tidak dapat memahami sejarah Tanah Melayu dan sejarah pembentukan Malaysia. Lebih malang lagi beliau tidak dapat memahami roh bagaimana Perlembagaan Persekutuan digubal hasil persetujuan semua kaum, melalui pakatan murni atau lebih dikenali dengan kontrak sosial. Begitu juga Perlembagaan setiap negeri, ada sejarahnya tersendiri. Saya harap kejahilan ini tidak berlaku kepada orang lain agar tidak buta sejarah.

Helen Ang juga perlu mengkaji 7 wasiat Raja-raja Melayu seperti yang disebut oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, yang telah membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Helen Ang perlu memahami makna yang tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut. Jangan asyik mempertahankan dan membaca akhbar-akhbar Cina.

Kenapa beliau mempertikaikan kedudukan Menteri Besar Perak yang tidak dilantik dari kalangan DAP? Cuba Helen Ang bandingkan, kenapa Ketua Menteri Pulau Pinang mesti diserahkan kepada Cina? Tidakkah kerusi UMNO lebih banyak daripada kerusi parti-parti politik lain dalam pilihan raya 2004 dan sebelum itu? Kenapa kita tidak menghargai tolak ansur dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh orang Melayu? Sesuatu yang menguntungkan disenyapkan, yang tidak menguntungkan digembar-gemburkan untuk menagih simpati.

Helen Ang juga mempertikaikan fakta yang saya tulis akan bilangan rumah ibadat bukan Islam seperti kuil Hindu, tokong Cina dan gereja Kristian melebihi bilangan surau dan masjid. Di sini saya pamerkan statistik tersebut untuk pengetahuan beliau akan nasib Melayu di bumi Melayu.

Contohnya di Selangor mempunyai penduduk berjumlah 4.8 juta. Daripada jumlah itu orang Melayu mewakili 2.5 juta dengan kapasiti 259 masjid dan 939 surau. orang Cina Buddha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong, orang India berjumlah 647,000 dengan 810 kuil berdaftar (bilangan ini belum dicampurkan dengan tokong dan kuil yang tidak berdaftar). Manakala, bilangan gereja Kristian biarlah Helen Ang yang cari untuk menampung jumlah 50,000 penganut Kristian.

Statistik

Berdasarkan kepada statistik ini, jelas kepada kita, setelah dicampur semua rumah ibadat bukan Islam, kedudukan masjid surau sebenarnya jauh ketinggalan. Ini baru perbandingan satu negeri, bayangkan negeri- negeri lain. Adakah nisbah antara bilangan penduduk dengan bilangan rumah ibadat itu adil? Begitu besar bezanya. Sila rujuk Wikipedia, walaupun ia bukanlah sumber yang outentik dalam akademik. Tetapi saya yakin statistik ini tidak jauh bezanya.

Jangan kita bercakap kosong tanpa melakukan penyelidikan. Helen Ang mungkin terkejut bila saya paparkan statistik seluruh negara. Kenapa dalam sebuah negara majoriti Melayu boleh berlaku demikian? Inilah tolak ansur orang Melayu. Hormatilah tolak ansur ini. Jangan terlalu kiasu.

Pada hemat saya, semua perkara ini berlaku disebabkan oleh kejahilan hidup beragama. Apakah isu sebenarnya timbul apabila kita mahu mempertahankan hubungan yang dilarang oleh semua agama, seperti amalan berzina sehingga melahirkan anak luar nikah? Beritahu saya ajaran agama mana yang membenarkan hubungan haram ini?

Bayangkan jika yang perempuan yang dizinai adalah ibu, isteri, adik-beradik perempuan kita sehingga melahirkan anak luar nikah. Apakah kita boleh menerima semua ini sebagai isu moral yang boleh dipertahankan? Kena pada orang lain, tak apa. Bila kena pada diri sendiri baru tahu langit ini tinggi atau rendah?

Justeru, saya amat bersimpati dan amat menghormati tindakan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan badan disiplin MCA yang telah mengambil tindakan yang tepat untuk menggugurkan timbalannya disebabkan salah laku moralnya.

Saya amat yakin keputusan yang diambil, bukanlah suatu perkara yang mudah untuk beliau melakukan tindakan sedemikian. Keputusan yang diambil adalah demi menyelamatkan maruah parti biarpun beliau akan menjadi tidak popular.

Tindakan MCA itu dikira tepat jika ditinjau dari segi undang-undang moral dan ajaran agama. Saya selaku orang Cina menyokong sepenuhnya tindakan tersebut. Inilah nilai-nilai moral yang perlu ada pada setiap pemimpin dan juga rakyat yang dipimpin. Jika pemimpin tidak menunjukkan teladan, siapa lagi? Adakah kita mahu menunggu rakyat menunjukkan teladan? Tidakkah kepimpinan itu melalui teladan?

Seperti yang selalu saya sebut, tidak ada satupun agama atau ajaran di dunia yang menghalalkan perlakuan tidak bermoral seperti berzina atau hubungan seks luar nikah. Apatah lagi sehingga mengandungkan anak luar nikah. Semua perbuatan terkutuk adalah berdosa besar.

Masyarakat kita tidak kira apa juga bangsa dan agamanya, perlu dididik dengan nilai moral tinggi. Agama hendaklah dijadikan panduan hidup. Baru dunia akan aman. Kerana semua agama menyerukan kepada kebaikan. Yang baik tetap baik, yang salah tetap salah. Kita tidak boleh menghalalkan yang haram untuk mencapai matlamat.

Buddha begitu keras sekali mengharamkan zina seperti yang tersebut dalam lima larangannya iaitu jangan membunuh, jangan berzina, jangan berbohong, jangan mencuri dan minum arak. Sila rujuk Sutta Nipata 815, Dhammapada 309-10, Sutta Nipata 123.

Begitu juga larangan dalam agama Kristian, Hindu dan Sikh. Apa tujuan nasihat agama ini? Semuanya mahu memastikan kita menjadi manusia yang mempunyai moral yang tinggi, bermaruah dan sebagainya. Jika Helen Ang beragama Kristian, sila buka Bible, 1 Corinthians 6:18-20 & 1 Corinthians 7:1-2. Adakah Kristian menghalalkan zina? Sudah tentu tidak.

Kalau Helen Ang melihat adat tradisi masyarakat Cina zaman dahulu, hukuman ke atas mereka yang berzina ini amat berat. Penzina-penzina ini akan dimasukkan ke dalam bekas atau raga babi dan dicampakkan ke dalam sungai.

Begitu juga saya ingin menyarankan Helen Ang supaya meluangkan masa meneliti ajaran agama lain seperti agama Hindu dan Sikh mengenai penzinaan. Baca kitab Hindu, Bhagavad Gita1.40-42, zina diharamkan dalam agama Hindu. Perlakuan berzina dianggap sebagai penghinaan kepada undang-undang agama Hindu (Laws of Manu, 9.95, 101). Untuk keterangan lanjut baca New World Encyclopedia. Dalam ajaran Sikh, salah satu daripada lima dosa besar adalah berzina. Sila baca Adi Granth, Dhanasari. Justeru, atas landasan apa kita mahu menghalalkan zina?

Lihat juga pandangan ajaran Konfucianisme, Taoisme, Jainisme, Zoroastrianisme, Shintoisme, Judaisme dan Bahai dalam artikel bertajuk A Comparison of Morality from the religions from Around the World, http://usminc.org/other.html. Larangan berzina amat keras sekali.

Sebenarnya isu-isu moral ini dibahaskan dengan panjang lebar oleh semua agama, apatah lagi agama Islam. Saya tidak perlu sebutkan pandangan agama Islam, sebab sudah terang lagi bersuluh kemuliaan Islam dalam menjaga umatnya. Justeru, jika berlaku juga kepada umat Islam, itu salah orang yang melakukan perbuatan terkutuk itu, bukan agama Islam yang suci murni.

Justeru, dalam menilai antara yang benar dan yang batil, agama perlu dijadikan panduan dan sejarah sebagai pedoman. Percubaan untuk memadamkan fakta agama dan sejarah hanya akan mengundang kerosakan di muka bumi. Saya yakin fakta yang saya kemukakan sengaja diselewengkan disebabkan oleh sikap kiasu.

Salam hormat saya

Saturday, September 5, 2009

Hindari buruk sangka

"YANG TERSIRAT"



Sebuah kisah moden, puitis dan ungkapan kata-kata indah yang mencerminkan Malaysia – masyarakatnya, tempat dan keindahan semangatnya.

Friday, September 4, 2009

DI MANAKAH MEREKA???




Khidmat Musa Hassan dilanjut kerana rekod cemerlang - Muhyiddin

HULU TERENGGANU: Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan kontrak Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kerana khidmat beliau masih diperlukan untuk membantu menjalankan tugas dalam menjaga soal keselamatan negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Musa telah menunjukkan rekod yang cemerlang sebelum ini dalam menjalankan tugasnya sebagai Ketua Polis Negara.

"Di atas dasar itu kita harap beliau jalankan tugas dengan cemerlang untuk terus membantu negara dalam menjaga soal keselamatan dalam negeri," katanya

Thursday, September 3, 2009

fuu yooo..gerek say....


WAHAI RAKYAT-RAKYAT JELATA..
KD tuanku Abdul Rahman dah sampai...HOREY HOREY..

Sejarah tercipta buat negara dengan ketibaan kapal selam pertama Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman, di pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah, di Pulau Indah di Pelabuhan Kelang hari ini.
KD TAR adalah antara dua kapal selam baru jenis Scorpene yang ditempah oleh kerajaan pada 2002 dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion. Ia dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari
Sepanyol.


-RM3.4 BILION..rakyak malaysia ada 27juta.
kalau bagi sorang RM1juta dari RM3.4 bilion,
emm baru "RAKYAT DI DAHULUKAN,PENCAPAIAN DI UTAMAKAN"
1MALAYSIA AKAN GUMBIRA..KAH kah KAH..

speed 3..

layan beb..berani cuba lah...

20 perkataan

Speedtest


(sila klik pada gambar)

-aku taip macam popcorn ar hehehe...korang??

pencapaian di utamakan


Nak jimat kalo... pasang layar lah kat kereta kau... pakai tenaga angin jeee.... Kalau boleh, ini lah menteri-menteri kita nak suruh pada rakyat Malaysia!!...



Ada ini pilihan terakhir kita untuk kenderaan kita???

Wednesday, September 2, 2009

fenomena payung..(gambar)















Selepas 31 Ogos..09


terkini...harga minyak.
RON95-Rm1.80
RON97-Rm2.05
HAHAHA...SYUKUR,1 MALAYSIA GUMBIRA..

"RAKYAT DI DAHULUKAN,MINYAK DI UTAMAKAN"