Thursday, September 10, 2009

Siapa Melayu ?

Apa warna Melayu?
Gelap,cerah,sawo matang,maroon,putih?

Apa budaya asli Melayu?
Kuda kepang,ghazal?

Siapa lagi Melayu?
Kita atau Indonesia?

Apa pakaian tradisional orang Melayu?
Samping,baju melayu,songkok,kopiah,baju kurung,kebaya?

Kenapa orang Melayu rasa kagum jumpa orang Melayu yang tere berbahasa English?
Kenapa orang Melayu lagi hormat dekat orang putih berbanding orang Melayu sendiri?

Kenapa pemimpin Melayu satu masa dulu yang bertuankan British disanjung sekarang?
Kenapa pemimpin Melayu yang menentang British satu masa dulu dikeji?

Siapa berani kata,dia Melayu tulen?
Siapa berani kata dia 100% darah Melayu?
Siapa berani kata keturunan dia takde campuran Cina atau India?

Kalau mata anda sepet dan kulit anda cerah,anda pasti punya darah Cina.Kalau kulit anda gelap dan nenek anda India Muslim,anda ada darah India.Tapi anda masih lagi Melayu kan?

Habis,mau dihalau bukan Melayu ini balik ke China balik ke India?
Sebab mereka bukan Melayu?
Kalau satu masa dulu Datuk Nenek Moyang anda bukan Melayu,kenapa anda Melayu?

Mahu lawan asal anda?
Lawanlah.Anda bukan Melayu sangat pun pada asalnya.

\\aku dari jawa jadi melayu...

No comments: