Friday, September 4, 2009

DI MANAKAH MEREKA???




Khidmat Musa Hassan dilanjut kerana rekod cemerlang - Muhyiddin

HULU TERENGGANU: Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan kontrak Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kerana khidmat beliau masih diperlukan untuk membantu menjalankan tugas dalam menjaga soal keselamatan negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Musa telah menunjukkan rekod yang cemerlang sebelum ini dalam menjalankan tugasnya sebagai Ketua Polis Negara.

"Di atas dasar itu kita harap beliau jalankan tugas dengan cemerlang untuk terus membantu negara dalam menjaga soal keselamatan dalam negeri," katanya

No comments: