Thursday, September 17, 2009

1 MALAYSIA

F1: Honda keluar, BMW keluar...Proton masuk??
Max Mosley, President International Automobile Federation (FIA), pembiayaan bagi setiap pasukan F1 untuk setahun adalah dalam lingkungan Pound Sterling 300 juta (lebih kurang RM1.7 billion kalau ikut nilai matawang terkini).

Berikutan kegawatan ekonomi di seluruh dunia. Beberapa pengeluar kereta yang menyertai F1 telah mengisytiharkan keluar daripada pertandingan Sirkit F1.



HONDA
Honda, salah satu dari pembuat kereta gergasi di dunia sudah pun menarik diri dari lumba kereta Formula One (F1) kerana kos penyertaan yang semakin tinggi dan keadaan ekonomi dunia yang diambang kegawatan.



BMW
BMW mengumumkan menarik diri daripada Sirkit F1 pada penghujung 2009. BMW juga tidak lagi terlibat untuk membekal enjin F1.

"Sudah tentu ini merupakan keputusan yang sukar. Tapi ini langkah penyelesaian demi stategi penstrukturan semula syarikat", kata CEO BMW Norbert Reithofer.



PROTON
Ditanya berhubung jumlah bajet tersebut dan pelaburan kerajaan, Najib berkata: "Pelaburan kerajaan Malaysia adalah melalui Proton."

Beliau menyifatkan projek tersebut tidak membazir kerana ia akan memberi elemen pemasaran yang besar kepada negara apabila menyertai kejohanan F1 itu.

ALASAN NAJIB....
"Kalau kita nak eksport Proton, kita kena tentukan jenamanya mantap, ada elemen pemasaran yang mantap.

"Ia bukan kegiatan sukan semata- mata kerana ada unsur pemasaran untuk Proton dan Malaysia serta jenama AirAsia dan Naza juga dapat dipopularkan," katanya.

Perlukah Malaysia mengeluarkan badget sebegini besar dalam kegawatan ekonomi sekarang..

No comments: