Friday, August 28, 2009

ANTARA 31 0G0S DAN 16 SEPTEMBER

Tanah Melayu telah di beri kemerdekaan pada 31 ogos 1957 oleh British.Setiap tahun tepat jam 12 tengah malam kita meraikan hari tersebut dengan melaungkn MERDEKA sebanyak 7 kali.Ada yang menyambutnya di hadapan jam besar di dataran.ada yang menyambutnya di kelab malam,tapi tak ramai menyambutnya di masjid atau tempat rumah ibadat.

Tanah Melayu ketika itu di sertai 11 negeri..(Johor,Melaka,Negeri Sembilan,Selangor,Perak,Pulau Pinang,Kedah,Perlis,Kelantan,Terengganu dan Pahang)
16 september 1963,Sabah,Sarawak dan Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan menjadi Persekutuan Malaysia.

Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965.
Semua tarikh tersebut telah menjadi sejarah dalam Malaysia.Tapi selama ini kita tidak pernah menyambut 16 September sebagai hari Pembentukkan Malaysia..

Apabila kita menyambut 31Ogos,bagaimana dengan Sabah dan Sarawak?
Sejarah telah tertulis,Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada 16 September 1963.

Bagaimana 1 Malaysia menjadi tema pada tahun ini??
Sepatutnya 1 malaysia menjadi tema pada hari Pembentukkan Malaysia pada 16 september.
Ini baru betol RAKYAT DI DAHULUKAN,PENCAPAIAN DI UTAMAKAN.bukanya cubaan

Jadi tarikh yang mana perlu di utamakan 31 Ogos atau 16 September???



No comments: